Thursday, January 8, 2009

Student Vs Staff

6.30pm - aku dan pasukan ku samapai di Stadium Hoki Kelantan (bukan la macam stadium sangat, sebab tidak terjaga). Pasukan staff sudah lama menunggu pasukan ku dengan semangat membara. Maaf la yer, dekat Kelantan waktu2 begini jalan memang sesak teruk..huhuhu

Aku memberi kata-kata semangat kepada pasukan, aku berharap kami menang untuk memberi keyakinan pada perlawanan yang sebenar nanti. Ahli pasukan ku tampak berkeyakinan pada kali ini....

Permainan dimulakan dengan penuh semangat...setiap serangan pasukan pihak lawan dapat di tepis. Pasukan ku mengatur langkah menyerang. Kedua-dua pasukan saling membalas serangan.

Akhirnya....zussss....Gol.....pasukan staff menjaring kan gol...Pasukan ku tampak kecewa. Namun kami tetap terus berjuang hingga ke akhir perlawanan. Bunyi wisel pengadil menandakan waktu permainan sudah tamat. Pasukan ku tewas dengan jaringan 1 berbalas 0. Walaupun kalah, aku tetap bangga kerana ada peningkatan sewaktu bermain. Hujan pun turut turun seperti memahami perasaan pasukan ku pada waktu itu...

p/s : Re-match akan berlangsung 14 Januari 2009, aku harus menebus kekalahan...hahaha

No comments:

Post a Comment