Sunday, January 25, 2009

KAMPUNG

11.00pm - Hari Jumaat yang lalu, aku bersama keluarga ku pulang ke kampung menaiki kereta. Aku yang kena drive sapa lagi nak drive..huhuhu...Dalam perjalanan pulang, telefon ibu ku berbunyi

Pakcik : Ello, Nah ko dekat mana?
Ibu : Ni on - da way nak balik Melaka..Kenapa?
Pakcik : Ni mak ko demam sampai nangis2
Ibu : Ye ker...esok aku pergi tengok la yer..

Perjalanan diteruskan..akhirnya kami selamat sampai di rumah kakak pada pukul 10.00pm. Ibu tanya "nak pergi tak umah nenek"...Aku menjawab " takpe la, esok pagi je kita pergi tengok" kata ku dengan nada yang keletihan...Memandu lebih kurang 8 jam..Memang meletih kan.

Esok pagi, kami melawat nenek...Sampai di rumah...tengok nenek dah lain-lain. Ni bukan demam biasa ni, lepas aku buat pemerhatian selama 5 minit rupanya ada "abcess" di belakang kepala nenek yang memerlukan rawatan segera. Nenek jatuh terhantuk bucu lantai menyebabkan kepalanya berdarah, tetapi nenek tidak pergi mendapatkan rawatan susulan. Itu yang menyebabkan "abcess".

Satu lagi dugaan yang perlu di tempuhi, memujuk nenek pergi ke hospital...Punya la menyiksakan...pakcik sampai hendak mengangkat nenek masuk dalam kereta tapi aku melarang, kita perlu menggunakan pendekatan yang lain. Perlu pujuk-memujuk, bertolak ansur, dan bercakap lemah-lembut.

Akhirnya nenek tewas dengan ayat-ayat ku..hahaha...ku bawa nenek untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka...

p/s : Harap nenek cepat sembuh, dapat kuar wad cepat....amin

No comments:

Post a Comment