Tuesday, December 30, 2008

Cara kita

Mymetro - Sebelum berkahwin pasangan perlu saling mengenali dan memahami. Bagaimanapun, ramai lebih fokus kepada perhatian terhadap majlis yang bakal berlangsung, walhal banyak lagi perkara perlu dititikberatkan kerana ikatan yang terjalin adalah perkongsian seumur hidup.

Perbincangan secara telus mengenai impian, hala tuju rumah tangga dan cara menyokong antara satu sama lain perlu diadakan.

“Setiap pasangan kena saling memahami. Kalau bergaduh, cepat-cepat selesaikan secara baik. Jangan merajuk atau marah-marah, sebaliknya berbincang dalam keadaan tenang dan matang.

“Kita tidak boleh mengharap pasangan dapat baca apa yang ada dalam fikiran kita, jadi luahkan secara jujur. Perlu diingat, dalam melayari rumah tangga, kita tak boleh bersikap keanak-anakan, paling penting mesti ada komunikasi dua hala serta bersikap terbuka.“Seperkara lagi, kita kena sentiasa ada di samping pasangan apabila mereka memerlukan kita.

No comments:

Post a Comment